Siapakah yang membuat saya minat membaca?
Friday, July 25, 2008
Assalamu'alaikum!
Semenjak saya kecil lagi, ibu sayalah yang selalu mendorong kami
sekeluarga supaya membaca. Seawal umur saya tiga tahun, saya sudah bermula membaca. Ibu akan mendapatkan buku-buku cerita pendek yang akan saya baca. Oleh kerana saya masih belum sekolah pada masa itu, saya akan selalu mengeluarkan sebuah buku untuk dibaca pada masa lapang.
Di sekolah tadika, saya tidak pernah gagal untuk mengagumkan guru-guru dengan semua fakta-fakta yang telah saya mengetahui dari membaca. Saya benar-benar berterima kasih terhadap ibu saya kerana dialah yang telah membina minat saya terhadap membaca.
Dengan tulus ikhlas,
HIDAYAH
