Sebuah buku cerita kegemaran saya.
Friday, July 25, 2008
Assalamu'alaikum!
Saya sudah membaca pelbagai buku cerita. Ada yang menarik dan ada yang membosankan. Tetapi, buku cerita apakah yang paling saya gemari?
'Matilda' oleh Roald Dahl. Sudah beberapa kali saya baca buku ini tetapi saya tidak pernah berasa bosan. Buku cerita ini ialah tentang seorang budak kecil yang bernama Matilda. Dia seorang budak yang mempunyai kepandaian yang amat luar biasa. Tetapi sayang, kepandaiannya tidak dihargai oleh kedua orang tuanya.
Apabila Matilda bermula untuk ke sekolah, dia berjumpa dengan gurunya Puan Honey dan pengetua sekolah Puan Trunchbull. Puan Honey ialah seorang yang lembut dan baik hati manakala Puan Trunchbull seorang wanita yang amat agresif. Dia mampu mendera anak murid sesuka hatinya. Matilda, dengan otaknya yang geligat itu, bercadang untuk memberhentikan Puan Trunchbull. Jadi, dapatkah dia bersama dengan Puan Honey, melakukan demikian? Apakah hubungan Puan Honey dengan Puan Trunchbull?
Salam,
HIDAYAH