Kegemaran Saya
Wednesday, July 23, 2008
Salam sejahtera semua! Sebagai entry pertama saya, mari saya mulakan dengan kegemaran saya.
Setiap individu pasti mempunyai kegemaran yang
tersendiri. Ramai yang melakukan kegemaran mereka pada waktu lapang. Kegemaran-kegemaran ini terdiri dari pelbagai bentuk. Ada yang biasa dan ada yang sungguh unik.Pernah saya mendengar ibu saya kata bahawa seorang kawannya minat mengumpul bunga-bunga. Dia akan mengawet bunga-bunga yang telah dikumpulkan itu dan meletakkan di album gambar.
Saya pula, gemar membaca. Sebagai seorang kanak-kanak pada masa dahulu, ibu saya selalu membacakan saya pada waktu malam. Setiap hari, saya tidak sabar untuk sampainya waktu tidur. Cerita-cerita yang dibacakan itu sungguh menarik. Dari situ, minat saya terhadap membaca bermula. Jikalau ada peluang, saya akan meminta ibu supaya mengizinkan saya membeli buku. Saya sering digelar ulat buku. =D
Dengan ikhlas,
HIDAYAH.