<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1080473455303924137\x26blogName\x3dBersama+Hidayah.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-hidayahzul.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-hidayahzul.blogspot.com/\x26vt\x3d1400947140352674189', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g? targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSI C&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
bb2008-hidayahzul.blogspot.com
WELCOME


:D

Photo Sharing 
 and Video Hosting at Photobucket Selamat datang! Blog ini mempunyai 10 'entry' tentang kegemaran saya.


Fakta-fakta menarik tentang buku cerita.
Saturday, July 26, 2008


HAI SEMUA!
Sebagai 'entry' terakhir untuk blog ini, mari mengetahui lebih banyak fakta tentang buku!

Tahukah anda? -


  1. Buku yang paling besar di dalam dunia mempunyai 1460 mukasurat?

  2. Buku yang terkecil di dalam dunia berukur 0.07mm x 0.10mm?

  3. Buku-buku pada zaman dahulu tidak mempunyai tajuk, nama penulis atau apa-apapun yang dicetak di kulit belakang dan depan?

  4. Dahulu, buku dirantai kepada rak-rak buku di perpustakaan?

  5. Lebih daripada 50,000 buku dicetak setiap tahun hanya di US?

  6. Tiada helai kertas yang boleh dilipat dua lebih dari 7 kali?

Terima kasih kerana membaca blog saya.


SALAM SEJAHTERA!

writtern @1:25 AM

'Fiction' dan 'non-fiction'


Salam sejahtera!
Apakah buku 'fiction' dan 'non-fiction'?

'Fiction'
Cerita dari buku-buku fiction adalah sebahagian atau semuanya fantasi. Banyak buku-buku pada hari ini adalah fiction bedasarkan kepada imaginasi penulis. Mereka akan menulis buku-buku ini mengikut apa yang didalam minda mereka. Buku-buku mereka ini amat menarik dan digemari oleh semua orang, tua dan muda. Contoh-contoh buku fiction ialah buku siri berjudul Harry Potter.

'Non-fiction'
Buku-buku non-fiction pula bedasarkan dari perkara yang wujud dan benar. Ramai orang merujuk kepada buku-buku ini untuk mendapatkan maklumat dan informasi yang tepat.

Sekarang, anda sudah tahu lebih banyak tentang fiction dan non-fiction
Salam sayang,
HIDAYAH

writtern @12:33 AM

Struktur buku.

Assalamu'alaikum!
Bagaimanakah halaman didalam buku diaturkan? Beginilah caranya:
Di bahagian awal-
  1. Halaman separa judul.
  2. Halaman judul.
  3. Halaman hak cipta.
  4. Prakata.
  5. Senarai kandungan.

Teks-

  1. Tajuk bab.
  2. Pecahan tajuk.
  3. Teks
  4. Illustrasi

Akhiran-

  1. Lampiran.
  2. Bibliografi.
  3. Glossary.
  4. Masukan indeks.

Kulit belakang-

  1. Intipati kandungan buku.
  2. Tentang penulis.
  3. Gambar penulis.

Nah, begitulah aturan halaman di sebuah buku.

Salam sayang,

HIDAYAH

writtern @12:17 AM

Sejarah buku.
Friday, July 25, 2008

HAI!
Pada masa kini, begitu senang bagi kita mendapatkan buku. Tetapi, apakah sejarah buku?
Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun.Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi scroll dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.
Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke 11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.
Menarik ya, sejarah buku? =]
Dengan ikhlas,
HIDAYAH

writtern @11:42 PM

Penulis-penulis yang saya sukai.


Hai!
Jikalau kamu bertanya, siapakah penulis-penulis yang saya sukai, akan saya mejawab , "Enid Blyton and Roald Dahl".
Tahukah anda bahawa saya mempunyai 33 buku-buku siri Enid Blyton? Ya, dahulu, memang saya gemar membaca buku-bukunya. Setiap bulan, saya membeli tiga buku. Cerita-cerita buku Blyton amat menarik. Ada yang lucu dan ada yang boleh dibuat tauladan.
Enid Mary Blyton dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 1897. Dia ialah yang sulung daripada 3 beradik. Bukunya yang pertama, 'Child Whispers' telah dicetak pada tahun 1922. Blyton meninggal dunia kerana penyakit Alzheimers pada tanggal 28 November 1968.

Roald Dahl pula, dilahirkan pada tanggal 13 September 1916. Dia bermula menulis pada tahun 1942. Pada tanggal 23 November 1990, dia meninggal dunia disebabkan oleh penyakit myelodysplastic anaemia. Setiap tahun, kita meraikan hari Roald Dahl pada 13 September. Saya suka akan buku-buku cerita Dahl kerana watak-watak dari bukunya amat menarik. Saya suka akan Charlie dan Willy Wonka dari Charlie and the Chocolate Factory.

Salam
Hormat,
HIDAYAH.

writtern @8:32 PM

Sebuah buku cerita kegemaran saya.


Assalamu'alaikum!
Saya sudah membaca pelbagai buku cerita. Ada yang menarik dan ada yang membosankan. Tetapi, buku cerita apakah yang paling saya gemari?
'Matilda' oleh Roald Dahl. Sudah beberapa kali saya baca buku ini tetapi saya tidak pernah berasa bosan. Buku cerita ini ialah tentang seorang budak kecil yang bernama Matilda. Dia seorang budak yang mempunyai kepandaian yang amat luar biasa. Tetapi sayang, kepandaiannya tidak dihargai oleh kedua orang tuanya.
Apabila Matilda bermula untuk ke sekolah, dia berjumpa dengan gurunya Puan Honey dan pengetua sekolah Puan Trunchbull. Puan Honey ialah seorang yang lembut dan baik hati manakala Puan Trunchbull seorang wanita yang amat agresif. Dia mampu mendera anak murid sesuka hatinya. Matilda, dengan otaknya yang geligat itu, bercadang untuk memberhentikan Puan Trunchbull. Jadi, dapatkah dia bersama dengan Puan Honey, melakukan demikian? Apakah hubungan Puan Honey dengan Puan Trunchbull?
Salam,
HIDAYAH

writtern @7:48 PM

Buku-buku kegemaran saya.


Salam sejahtera semua!

Memandangkan yang saya minat membaca, buku apakah yang saya sukai?
Apabila saya mengunjungi perpustakaan, saya gemar meminjam buku-buku seperti buku-buku misteri dan juga buku cerita yang mempunyai watak yang pandai. Buku-buku siri 'Sang Kancil' sering menjadi pilihan saya.
Saya juga suka membaca buku-buku yang mempunyai ansur pendidikan seperti 'Aesop's Fables'. Saya suka akan pelajaran yang terdapat sebagai penutup cerita yang menarik itu.
Akan tetapi, saya minat akan semua buku-buku cerita. Maklumlah, bukankah saya seorang ulat buku? =D
Salam sayang
HIDAYAH

writtern @7:06 AM